Thursday, December 10, 2009

STEVIA




Tuhan
telah lama memberi
hanya kita
yang lambat mengerti

Wednesday, November 25, 2009

SUATU HARI DI IDIL ADHA


Cukuplah dengan senyummu
bagi membalas korban ayah
yang tak pernah tertunai......

Tuesday, November 3, 2009


Friday, October 30, 2009

PEMINTA

lantaran
terlalu sangat ditolak
hari itu
dia tiba-tiba menjadi pemalu
dan berhenti
meminta

Malam Jumaat

(Puisi buat Sang Isteri)

setelah berulangkali
aku terbiar
menyentuh tasbih sendirian
subuh itu
mataku berair darah
melihat dahimu berapi
membakar sejadah

ada bebayang malaikat
melepasi daun pintu
membawa pergi
suara sendu kita

Wednesday, October 21, 2009

BELACAN

tadi kat berita TV3
seorang Mak Cik
kena denda RM600
kerana jual belacan
kurang protin

pyan
gua tak tau
samada mau menangis
atau ketawa

Tuesday, October 13, 2009

PERHIMPUNAN AGONG UMNO

hari ini
dia mengepit kemas
salinan surat yang sama
yang dikirim sebelum ini
tak pernah berbalas

tertinjau tinjau
antara ratusan yang lain
ramai juga yang mengepit kemas
salinan surat yang entah apa isinya

tiga jam menguap
pak menteri
keluar dari dewan
ah,kacau
dia terjepuk ditolak wartawan

jauh aku datang
elok ikut juga dari belakang
Pak Menteri gegas masuk Riverside
ya Allah tak mampu aku
kopinya 5 ringgit secawan

di luar dewan
dia masih mengepik kemas surat yang sama
sambil telinga mendengar laungan
HIDUP UMNO
HIDUP MELAYU

anakku
esok ayah pulang
bas pertama dari stesen putra
tunggu ayah
di simpang Kuala Brang

Monday, October 12, 2009

PERHIMPUNAN AGONG UMNO

tak payah nak tanya
gerenti semua bilik hotel
habis diisi
teman....
mari kita ramai-ramai pekena kopi
sembang panjang-panjang
tentang nasib bangsa
tahun depan siapa panjang umur
kita jumpa di tempat sama
sembang lagi panjang-panjang
tentang nasib bangsa

Sunday, October 11, 2009

TAN SRI MOHD ISA

Tan Sri
hari ini ketahuilah
gelodak di hati UMNO
bukan gelodak hati rakyat

tahniah !
bagan pinang
pulang ke gagang

Wednesday, September 16, 2009

PUISI BUAT KARTIKA

Jika kamu disebat
kerana berdosa
secara terbuka
percayalah
sakitnya nanti
ditanggung oleh mereka
yang berdosa
secara rahsia

kartika
apa daya kita
semut merah di tengah rimba

Sunday, September 6, 2009

HARIJADI



sejak dulu
bunga di hati ini
tidak pernah layu

ambillah
sebagai hadiah

Saturday, September 5, 2009

SEMALAM KETIKA TARAWIH

dulu
setelah letih bermain
di depan mimbar
matamu liar mencari aku
lantas terlelap di riba

malam ini
di depan mimbar
aku mula mengerti
tentang sepi yang tak terucap
dan rindu di hati ayah

anak-anak
alangkah baik
kalau kalian
tidak pernah menjadi dewasa

BAGAN PINANG PULAK !

Confirm
yang ketawa besar
dan tentu menang
tauke-tauke hotel Port Dickson

Melayu
tetap melayu....

pyan
kita tetap macam kita
dari dulu

(p/s puh !! sapa pula dapat kontrak buat poster)

Tuesday, August 25, 2009

PILIHANRAYA KECIL PTG PASIR

baru tadi TV umum
ada yang tersedak buka puasa
PAS menang lagi

yang paling seronok
dan tak kisah sapa kalah
tauke mee udang Sg Dua
dan Apek cetak poster

"buai laju-laju
sampai pokok sena
apa dalam baju
duit pilihanraya "






Friday, August 21, 2009

DIALOG FILEM CINA

Orang miskin resah kerana tiada wang
Orang kaya resah kerana tiada kasih sayang

PERTAMA RAMADHAN

Syukur
Tuhan masih mahu memberi kesempatan
membasuh daki dosa

Friday, August 14, 2009

SOLAT

ketika sujud
memohon panjang umur
seekor semut mati
tersepit
antara dahiku
dan lantai masjid

Antara PARAM dan USTAZ ASRI (Rabbani)


kalian pergi berturut hari
yang nyata
ketawa masih bergema tanpamu PARAM
iman masih berlagu tanpamu ASRI

Ya Allah
kalian tidak berangkat rupanya

Thursday, July 30, 2009

JUMAAT 31 JULAI 2009

cerita duka
tentang yasmin ahmad masih terngiang
hari ini gua terima SMS dari IJN
ADUN PAS Ptg Pasir
Ustaz Hamdan kembali ke negeri kekal .....
Melayu lagilah UMNO..

puh!! siapa agaknya dapat kontrak buat poster BN !!!!!
(gua anak Ptg Pauh)

contact gua

"iftulliamsy@gmail.com"

HARI NI KAT GIANT

kata dia orang
lu raja buah
dengar cerita
sebelum lu sampai sini
dikutip dengan kaki
di dusun kampung orang asli
batu 10 gombak
aku hairan
kenapa harga lu seulas RM5.00

puh!
untung jadi durian

Friday, June 26, 2009

MIKHAIL JACKSON

aku tau
kita tak ada hubungan keluarga
tapi kerana dulu
kau pernah
meramas sepiku
dengan lagumu
aku sedekah ini AL FATIHAH
selamat berangkat
moga kau aman di sana

Monday, June 22, 2009

KERANA LU PYANHABIB

pyan,
masa gua tengah confuse
pikir pasal Melayunya UMNO
Melayunya PAS
Melayunya PKR
gua baca lu punya blog
gua tak mau tau
yang lu tulis tu sajak ke surat wasiat
sebab gua sendiri tak tau
samada mau gelak ke mau nangis

ah,pyan
gua tak kisah
apa orang cakap tentang lu
gua kenal lu
lu kena kenal gua
cukup le tu.....

gua suka lu punya stail
lu punya kepala selamber
lu tulis datang dari hati
(hati yang tak busuk)
kira oklah tu....

pyan
gua shot ini blog pun sebab lu
bukan sebab dia orang....

semua pasal lu

sebab lu dan gua
ORANG MELAYU yang tak mau MELAYU
yang penting hati kita
biar cakap kita
Lu Gua....Lu Gua....